Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud :
"Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampigku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyayi denga nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu'ath. Aku berkata, kedu-dua orng ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita."
GARIS PANDUAN TENTANG HIBURAN
- Program hiburan
b) Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam orang ramai
c) Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat
2. Persembahan muzik
a) Tidak menimbulkan gerak-geri liar
b) Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat
c) Tidak melalaikan
3. Lirik
a) Kalimah syahadah hendaklah disempurnakan
b) Tidak mengandungi sebutan atau perkataan yang membangkitkan nafsu syahwat, lucah dan juga memberikan perangsang melakukan dosa
c) Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan
4. Persembahan artis
a) Berpakaian sopan, kemas tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri juga tidak bercanggah dengan kehendak islam
b) Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkn perasaan yang mendorong kepada maksiat juga menghina islam
5. Persembahan tarian
a) Gerak geri tidak menimbulkan fitnah
b) Tidak berlaku percmpuran antara lelaki dengan perempuan yang oleh menimbulkan fitnah
c) Tidak bertujuan pemujaan dn penyembahan
No comments :
Post a Comment