Keprihatinan sosial melibatkan beberapa aspek yang berikut :
ASPEK AGAMA
Islam adalah agama yang mementingkan perpaduan dan hubungan baik antara manusia.Menurut Roslan (2010), aspek perpaduan dapat dilihat ketika Rasulullah SAW membuat satu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam Madinah untuk mendirikan sebuah negara yang menjadi pelindung kepada rakyat. Intisari Piagam Madinah adalah seperti berikut ;
1. Kaum Yahudi hendaklah hidup berdamai dengan kaum Muslimin, kedua-dua pihak bebas mengamalkan ajaran masing-masing
2. Kaum Muslimin dan Yahudi wajib mempetahankan kota madinah daripada serangan musuh dan bekerjasama melawan sesiapa shaja yang memerangi mereka.
3. Perdamaian dengan pihak lain hendaklah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak
4. Sesiapa yang tinggal di luar kota Madinah akan dilindungi kecuali orang yang zalim dan bersalah
5. Sekirnya timbu perselisihan antara kaum Yahudi dengan Muslim, maka penyelesaiannya hendaklah dirujuk kepada Allah SWT 9al-Kitab) dan Rasulullah SAW yang merupakan pemimpin umum penduduk madinah.
ASPEK BAHASA
Menurut Awang Sariyan (2010) pendidikan bermula bersama-sama dengan wujudnya manusia selaras dengan hakikat bahawa bahasa merupakan unsur yang dimiliki manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. Keunggulan berbahasa telah diajar oleh Rasulullah SAW, dimana Baginda menjelaskan bahawa sesuatu komunikasi bergantung kepada yang berikut :
1. Makna terhadap kata-kata yang diucapkan. Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang tidak terkecuali untuk dihisab atau dikira oleh Allah SWT
2, Setiap ucapan mempunyai kesanya. Oleh itu, lidah perlulah dijaga supaya tidak mendatangkan keburukan dalam hidup bermasyarakat. Bahaya lidah lebih menyakitkan daripada kesakitan yang dilakukan oleh tangan.
ASPEK ADAT RESAM
Insan yang terhormat ialah orang yang menghormati adat resam dan kesopanan dalam kehidupan bermasyarakat, kepercayaan, tradisi dan adat istiadat orang lain. Dalam islam, seseorang itu digalakkan agar sentiasa menghormati tetamu sehinggakan menjadi kewajipannyauntuk menyediakan ruang rehat dan layanan yang baik, makanan yang cukup serta menghantar mereka pulang dengan perasaan yang gembira.
ASPEK PAKAIAN
Adab-adab berpakaian yang terdapat dalam Islam adalah seperti berikut :
1. Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian daripada sutera
2. Pakaian tidak melebihi buku lali. Pada dasarnya, larangan ini adalah kerana menghindar daripada perasaan takbur dan riak
3. Khusus bagi wanita hendaklah menutup tumitnya atau melabuhkan pakaianya
ASPEK KEGIATAN EKONOMI
Perniagaan atau kegiatan ekonomi merupakan satu usaha murni dalam memenuhi keperluan kehidupan individu serta masyarakat terutamanya dalam masyarakat islam. Antara etika dan adab perniagaan adalah :
1. Bahan perniagaan mestilah baik, halal, berkuliti dan mendatangkan manfaat
2, Menguruskan pernigaan secara adil, jujur dan mengikut syariat islam
3. Sumber kewangan yang halal
4. Matlamat perniagaan adalah untuk membina masyarakat bahagia dan diredai Allah
No comments :
Post a Comment