PENYEBARAN FITNAH

Fitnah ialah menyiarkan sesuatu berita tanpa kebenaran dengan bertujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang dan bagi pemfitnah tersebut pula ianya adalah untuk memudahkan dirinya bagi mencapai segala cita-citanya. Pada era teknologi dan globalisasi ini penyebaran fitnah menjadi berleluasa dan ianya mudah untuk disampaikan dengan adanya teknologi canggih seperti komputer, telefon dan pelbagai gajet lagi. Penyebaran fitnah masa kini lebih tertumpu pada penyebaran fitnah di laman sosial yang mana tujuan utama penfitnah adalah untuk menjatuhkan seseorang, memperoleh pangkat dan tidak terkecuali untuk melariskan artikelnya semata-mata untuk mencapai tontonan tertinggi. Perbuatan fitnah ini adalah perbuatan yang tercela yang mana Allah S.W.T telah menjanjikan azab yang pedih kepada mereka yang menyebarkan fitnah.


Firman Allah S.W.T dalam surah al-Buruj:10 :“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. 


Adalah menjadi sesuatu yang janggal apabila golongan berpendidikan tinggi juga turut tidak terkecuali menjadi penyebar fitnah bahkan golongan inilah yang lebih memanipulasi sikap buruk menyebarkan fitnah. Kebanyakkan daripada mereka menyebarkan fitnah hanya semata-mata untuk mengejar pangkat dan harta dunia yang mana hanya bersifat sementara. Hal ini terjadi kerana mereka lupa akan kehidupan selepas mati dan azab yang akan Allah S.W.T timpakan pada mereka di hari pengadilan kelak. Pada usia muda mereka, mereka hanya lebih mementingkan ilmu dunia. Akibatnya, ianya menyebabkan mereka jahil akan ilmu agama yang menyebabkan mereka terperosot kelembah kedustaan.


Oleh yang demikian, bagi mereka yang menerima berita yang disampaikan orang lain ianya perlulah dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran sepatutnya menjadikan kita tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang bertujuan untuk memburuk-burukkan orang lain. Sikap menyebarkan fitnah bukanlah sunnah yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
Rasulullah SAW mengingatkan kita melalui sabda Baginda: “Orang Mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor (maki-hamun).” (Riwayat Ibnu Mas'ud)

Penyebaran fitnah bukan sahaja dari segi penulisan atau komen, penyebaran fitnah juga boleh berlaku dalam bentuk gambar dan juga video. Fitnah sebegini pernah terjadi kepada ahli politik dan artis tanah air. Akibat daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini, ianya telah menyebabkan mangsa fitnah tersebut sukar mendapat perkerjaan. Sebagai contoh golongan artis mereka perlu menerima pelawaan syarikat produksi untuk menjalankan setiap rakaman. Akibat daripada virus fitnah ini syarikat produksi tidak berani mengambil risiko kerugian jika mereka mengaji artis yang terlibat dengan skandal fitnah. Adalah lebih parah apabila mangsa fitnah itu sendiri terpaksa menerima hukuman sebat dan penjara akibat daripada virus fitnah tersebut.
Sejarah Islam telah menunjukkan bukti yang nyata di mana tiga khalifah Islam menjadi korban fitnah menyebabkan Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib terbunuh.






 

JAUHI FITNAH!!
Kesimpulannya, fitnah bukan sahaja membawa kepada keburukan dalam kehidupan bermasyarakat, malah ianya merupakan dosa besar yang mana si penyebar fitnah perlu memohon maaf kepada mangsa fitnah andai ingin dosanya diampunkan. Pembuat dan penyebar fitnah disifatkan sebagai golongan yang keji. Oleh itu kita sebagai manusia yang waras, setiap informasi yang diterima dan ingin disampaikan perlulah diperhalusi dan diselidik kesahihannya agar tidak mejadi fitnah dalam kalangan masyarakat. Akhir sekali,m kita perlulah sentiasa mengamalkan adab-adab Islam ketika berkomunikasi bagi mengekang virus fitnah ini daripada menular ke dalam diri.




“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Orang yang muflis di antara kami  ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda.” Nabi s.a.w seterusnya bersabda: “Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka.”)

















No comments :

Post a Comment