Peribahasa dalam masyarakat Melayu, iaitu "Bahasa Menunjukkan Bangsa"? Peribahasa tersebut membawa maksud perilaku dan nilai seseorang individu menzahirkan keperibadian akhlak dan budi pekerti seseorang.
- Menurut Zaitul Azma (2015) : Kesantunan bahasa merujuk penggunaan bahasa yang sopan, beradab, lemah lembut serta tidak menyinggung perasaan pendengar.
- Menurut Asmah (2005) : bentuk dan tutur bahasa yang santun akan mewujudkan ikatan perhubungan sosial antara manusia serta boleh menimbulkan proses komunikasi yang berkesan.
- Menurut Awang Sariyan (2009) : bahasa berfungsi sebagai alat yang berperanan dalam pembinaan insan dan pembangunan masyarakat.
- Lakoff (1990) : kesantunan ialah proses komunikasi yang wujud bertujuan mengurangkan pengeseran dalam perhubungan antara individu.
Dalam islam, kesantunan berbahasa boleh dirujuk melalui beberapa perbahasan yang terkandung dalam Al-Quran, yang dibuat oleh Nur Damia dan Zulkifli (2015) :
- Qaulan sadida (surah al-nisa' 4:9) iaitu medium bahasa yang digunakan mestilah jujur dan benar pengisiannya
- Qaulan ma'rufa (surah al-nisa' 4:8) menyarankan agar manusia dapat berkomunikasi dengan bahasa yang tidak menyentuh jiwa dan perasaan khalayak
- Qaulan baligh (surah al-isra' 18:28) para pendakwah diperingkatkan bahawa maklumat yang disebarkan mestilah mampu difahami dan sesuai dengan tahap kemampuan para pendengar
- Qaulan karima (surah al-isra' 17:23) bahasa dan perkataan yang diungkapkan mestilah mempunyai niali yang baik dan mulia
TEKNIK KESANTUNAN BERBAHASA
- Teknik doa : memulakan komunikasi dengan ucapan "bismillah" atau " al-fatihah". Ungkapan ini merupakan doa yang bermaksud memohon kebaikan dan perlindungan daripada Allah SWT.
- Teknik bersyukur : Ungkapan "Alhamulillah" melambangkan kesyukuran kepada Allah SWT
- Teknik salam : Teknik memberikan ucapan salam sebelum berbicara atau berunding ini boleh dianggap sebagau salah satu cara untuk bertegur sapa.
- Teknik insya-Allah : Perkataan insya-Allah merujuk ungkapan yang bermaksud dengan izin Allah SWT. Menjadi kelaziman bagi mereka yang berkomunikasi akan menggunakan perkataan ini sebagai persetujuan atau ungkapan janji dalam urusan yang akan datang.
- Teknik tawakal : Penutur yang menggunakan teknik ini mempamerkan sikap rendah diri kepada Allah SWT terhadap sesuatu yang baik atau buruk yang ditentukan oleh Allah SWT.
No comments :
Post a Comment