Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dengan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan ialah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup.
Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial. Menurut Che Bakar (2007) antara perkara asas tersebut ialah:
1. Kemesraan komunikasi
· Kemesraan komunikasi boleh di sampaikan melalui bertegur sapa, memberi ucapan salam, sifat lemah lembut dan selalu memberikan senyuman, tidak mengira bangsa, agama dan umur.
2. Budaya ziarah-menziarahi
· Budaya ziarah- menziarah atau kunjung mengunjung ini sudah menjadi tradisi yang menjadi kewajiban di negara kita untuk mewujudkan hubungan yang lebih akrab antara kaum atau bangsa.
3. Budaya mengambil tahu
· Budaya mengambil tahu sesama masyrakat setempat ini adalah sesuatu yang dituntut dalam agama Islam. Budaya ini bertujuan untuk bersikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh, sikap tolong- menolong yang dapat kita praktikkan.
4. Budaya saling menghormati
· Budaya saling menghormati ini merupakan perkara yang harus di titikberatakan pada masa kini tidak mengira umur. Dalam Al-Quran sudah terkandung dalam surah al-Isra’ ayat ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati, maka kita perlu menghormarti orang lain.
5. Budaya mahabbah ( saling berkasih sayang )
· Budaya mahabbah ini dapat menghindarkn diri daripada perasaan seperti benci, hasad dengki dan permusuhan yang boleh mengakibatkan perpecahan perpaduan sesama keluarga dan masyarakat.
6. Islam dan masyarakat majmuk
· Agama Islam ialah agama rasmi menurut pernyataan Perlembagaan Perseketuan. Di samping itu, Perlembagaan Malaysia teleh memberikan jaminan tentang hak kebebasan asasi rakyat di mana agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman.
Menurut Mahmood Zuhdi (1999), antara hak yang jelas disebut dalam Al-Quran dan sunnah sebagai yang sesuatu perlu dilindungi adalah seperti berikut:
1. Hak keselamatan
2. Hak dan kebebasan peribadi
3. Hak kebebasan tempat tinggal dan bergerak
4. Hak dan bebasan beragama serta berfikir
5. Hak dan persamaan dalam undang-undang
6. Hak dan kebebasan ekonomi
7. Hak dan kebebasan bekerja
8. Hak memperoleh jaminan sosial
Hukum Menyambut Perayaan Agama lain Menurut Islam
Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan yang disambut pada setiap tahun. Antara perayaan yang disambut di Malaysia adalah Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Natal dan sebagainya dalm konteks Malaysia, ucapan selamat yang diucapkan oleh umat yang beragama Islam kepada masyarakat bukan Islam ketika sambutan perayaan mereka adalah diharuskan tetapi dengan syarat ucapan ini tidak mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau karut.
No comments :
Post a Comment